Permohonan Komputer Riba 1Malaysia untuk Belia @ Balik Pulau
Permohonan untuk Kumpulan 1 telah ditutup pada jam 11:59 malam Rabu, 28 MAC 2012 dengan lebih 1,150 permohonan keahlian, selepas kempen hampir DUA BULAN lamanya termasuk melalui dua acara besar dan beberapa hebahan di media cetak dan berterusan di online: Pelancaran Kelab 1CT Balik Pulau oleh YAB Tan Sri Muhyiddin Yassindi Kampung Permatang Tepi (18 FEB 2012) - dihadiri lebih 20,000 orang, dan 1CT Bash 2012 @ UiTM Cawangan Balik Pulau (25 MAC 2012) - disertai lebih 500 pemohon, serta sesi penelitian oleh Jawatankuasa Kelab 1CT Balik Pulau yang dimulakan pada 4 MAC 2012.
Mohon semua pemohon memeriksa senarai pencalonan penerima netbook tersebut di http://ict.balikpulau.net/forum/?bview=thread&thread_id=30944 dan pergunakan sesi-sesi pengesahan akhir (dan menandatangani borang) seperti yang diwartakan di Laman Acara: http://ict.balikpulau.net/item/278480 selewat-lewatnya petang Ahad, 1 APRIL 2012. Tiada lagi perubahan dibenarkan bermula Isnin, 2 APRIL 2012, kerana pengesahan akan dihantar kepada pihak SKMM untuk 'batch' kali ini.
Peluang dibuka kepada yang belum sempat melengkapkan permohonan melalui Kumpulan 1, untuk menyertai Kumpulan 2 - Permohonan dengan cara melengkapkan profail masing-masing serta menyatakan dalam profail hasrat untuk memohon bantuan komputer riba 1Malaysia melalui Kelab 1CT Balik Pulau hendaklah dibuat selewat-lewatnya Isnin, 7 MEI 2012, jam 11:59 malam.
Untuk bantuan, sila ke Pusat Internet Desa (PID) Balik Pulau [04-8662706] semasa waktu pejabat. Harap maklum, penggunaan komputer di PID akan dicaj minimum RM1.50 dan tambahan RM1.50 untuk setiap jam.
Friday, 27th April 2012 at 2:30pm - 8:30pm, Saturday, 28th April 2012 at 5am - 11am, Saturday, 28th April 2012 at 9am - 3pm, Sunday, 29th April 2012 at 5am - 11am, Sunday, 29th April 2012 at 7:30am - 1:30pm
Location: Perkarangan Masjid Daerah Barat Daya al-Mokhtar, Balik Pulau
Anjuran Majlis Perundingan Koperasi Parlimen (MPKP) Balik Pulau & Suruhanjaya Koperasi…
Pemohon baharu dikehendaki untuk melengkapkan borang online dahulu dengan sendiri, atau dibantu di makmal, dan kembali untuk menandatangani borang pada sesi lain yang akan dimaklumkan nanti.
Sesi Seminar (percuma) & Bengkel (percuma atau berbayar) bagaimanapun adalah terbuka kepada semua warga masyarakat. Rujuk http://ict.balikpulau.net/wiki/1CT_Bash untuk perincian penuh agenda.
Lepas isikan maklumat ringkas berserta Nama, Emel & Password baharu, sila semak emel, dan klik link "follow this link to verify your e-mail address" dalam emel dari mailer@mailsquad.groupspaces.com untuk "Sign In"
Klik "Edit Membership" untuk kemaskini profail: lengkapkan bahagian-bahagian yang diperlukan dan klik "Save Changes". Sekiranya ada tanda "error", sila semak dan lengkapkan bahagian bertanda merah dan klik "Save Changes" sekali lagi, berulang, sehingga dimaklumkan "profile has been updated" di bahagian atas sekali.
Perlu bantuan?
Untuk bantuan menggunakan laman ini atau mengemaskini maklumat pendaftaran anda, sila ke:-
Pusat Internet Desa (PID) di bangunan Pejabat Pos Balik Pulau, Pekan Kongsi - berseberangan dari Kompleks Balik Pulau (UiTM/Maybank) -- dibuka setiap hari Isnin hingga Jumaat, 9:15 pagi - 5:30 petang (T: 04-8662706)